I'm just me..A thinker but not a freethinker....

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Monday, January 31, 2011

MemOir cIntA SakuRa


Sakura,
nama seindah bunga,
kali pertama berjumpa.
aku tahu engkaulah yang dicipta
untuk aku dan kita.

Sakura,
kali pertama berjumpa,
kita duduk dibawah pohon sakura
yang merimbun berbunga.
Pink,putih dan merah tua,
semuanya berguguran menyirami kita.


Sakura,
masihkah kau ingat
disaat itu,kau dan aku
meluahkan cinta dibawah pohon sakura
ketika bunganya masih mekar menjelma.
dengan bersaksikan bunga sakura itu,
kau berkata"Aishiteru Jun-Chan!.

Sakura,
kau dan aku tidak mengerti,bahawa..
saat kau melafazkan ayat-ayat cinta,
saat itulah gugurnya bunga-bunga cinta kita,
Otosan dan Okasanmu melarang kita berkawan
Kerana perbezaan darjat dan keturunan.
engkau keturunan meiji,aku pula hanyalah dari samurai picisan.

Sakura,
tidak dapat aku membayangkan,
kau dan aku cuba dipisahkan,
dengan segala bagai paksaan dan ancaman
sehingga kau dipenjarakan di istana kayangan
jauh dari pandangan.

Sakura,
Betapa luruh dan luluhnya hatiku,
mendengar khabarmu akan ditunangkan
oleh otosanmu kepada golongan atasan
yang hartawan dan jutawan.

Sakura,
kau melayangkan sepucuk surat,
meminta simpati dan meluahkan hasrat,
agar kau dibebaskan dari dibiarkan terjerat.
kerana kasih sayang yang sangat kuat,
untukku sampai akhir hayat.
kau berkata kepada ku,
"Jun-chan,jika kau seorang samurai dan percayakan cinta sejati,selamatkanlah sang puterimu ini.

Sakura,
Dengan kata-katamu itu,
aku bertekad.
ku cerobohi istana maut itu,
ku melepaskan dan membawamu pergi,
walaupun yang datang askar-askar tokugawa
walapun ninja-ninja istana juga menerpa.
aku tidak gusar dan alpa.
akan aku tangkis dengan seni pedang samurai semuanya
Otosan dan Okasanmu hanya memandang rupa,
terkejut dan berduka.
sepantas kilat,lenyap semunya,dan kita berdua keluar akhirnya.

Sakura,
kau dan aku,
berehat di bawah pohon sakura,
yang sedang kembang berbunga,
ketika sekuntum bunga sakura terbang jatuh di tanganmu,
saat itulah kau berkata.

"Jun-chan..tahu tak kenapa aku diberi nama sakura?"
"tidak.aku tidak tahu.aku hanya tahu kau secantik sakura."sakura tersenyum.
"Aku lahir pada musim sakura berbunga.sebab itu mereka memberikan nama itu padaku.tahu tak bunga sakura ada bermacam jenis dan salah satunya edohigan.edohigan berbunga paling lama antara bunga-bunga sakura lain.kalaulah aku juga seperti edohigan.."
"sakura-chan,kenapa nie?apa yang kau cuba katakan?aku tidak mengerti"kata-kata sakura membuat aku keliru.aku melihat sakura cuba menahan sesuatu.
"Jun-chan,aku dilahirkan pada waktu bunga sakura Hikanzakura dan bukan Edohigan.kau faham kan maksud aku?"sekali lagi aku terkejut.

Aku cuba mengingati cerita orang tua dulu-dulu.Bunga Sakura Edohigan akan tahan lebih lama dari Hikanzakura.Hayat hikanzakura hanya semusim dan akan layu semula.aku memandang sakura kembali.tak mungkin!

sakura,
saat itu,aku melihat ada tompokan darah dibadanmu.
Rupanya,kau dipanah oleh salah seorang askar tokugawa.
kau tidak menjerit dan juga menangis,
kau hanya tersenyum tawa.

Sakura,
matanya melirik padaku,
cuba menahan nafas demiku,
namun,kesakitan itu sungguh pilu,
kau hanya mampu memandangku,
dan berkata"Aishiteru,jun chan.."

Sakura,
semusim telah berlalu,
menjelmalah semula sakura haru.
bunga-bunganya kembang mekar tak tentu,
dibawah pohon ini kita bertemu,
menyemai cinta menyulam kasih yang tidak bersatu.
mengenangmu merupakan perkara terindah dalam hidupku.
Aishiteru,sakura-chan..
semoga memoir cinta sakuraku hidup selamanya.



p/s : konnichiwa minasan!, Watashi no namae wa sĊĞriyadesu.hehe.en3 sajak nippon yang pertama di blog.tp x bper nippon sbnrnya.ahaks.1st attempt.suka suki ditengah waktu yang boring.terbitlah sajak mengarut nieh.kalau x suka,xyah bace yek.yoshhh..enjoy!!..
p/p/s :pengaruh drama Jepun dan manga.

No comments:

Post a Comment