Sunday, January 31, 2010
Aku bukan CinDeRella
Aku bukan Cinderella,
tidak pernah hidup derita
dibawah kuasa seorang ibunda
tidak diherdik oleh kekandanya
tidak ditinggalkan kesepian oleh ayahanda dan bonda
menangis bila tidak terdaya
pada haiwan dan sang purnama
hampir terhenti
tetapi diselamatkan oleh sang ibu pari
kasihnya tumpah pada cinderella ini
sehingga menolong cinderella permata hati
Aku juga bukan seperti cinderella
yang mengimpikan untuk menari
di tarian istana
bersama putera yang dicintai buat kali pertama
Namun,
jika boleh
Aku mahu jadi seperti Cinderella
Ingin hidup dalam dunia fantasinya
kerana,
Aku hanya manusia biasa
Ada derita,ada duka
derita pada suatu ikatan kekeluargaan
yang sukar ditafsir
walaupun lama aku berfikir
Aku juga mahu diselamatkan oleh ibu pari
yang mengambil berat akan yg satu ini
memenuhi impian dihati
Aku juga ingin meluahkan pada sang haiwan
kerna wlpon mereka tidak pandai berkata2
mereka mengetahui apa yg kurasakan
Aku juga ingin kelihatan seperti Cinderella
Diterima dan dihormati
disayangi dan dikasihi
oleh mereka yang menyanyangi
Layakkah aku hidup seperti Cinderella?
Bahagia hingga hujung nyawa
bersama orang yang dikasihinya?
tapi,
aku mengerti
aku tidak akan menjadi seorang Cinderella
ku berharap,
Aku lebih baik dari Cinderella
Berhak untuk mengasihi
Berdaya menyuarakan hak sendiri
berani berkata-kata pada yang menzalimi
Berhak Menyanyangi,
keluarga,sahabat,Guru,adik2 dan seseorang yang akan melindungi hingga ke syurgawi..
Ketentuan Allah adalah ketentuan ilahi..Kita hanya berdoa dan berharap..DIA yang menentukan-Nya..
sekian,
P/s : Coretan ini terbias dri Subjek comparative literature yg di ambil,Cinderella.heehhe.
praktikkan apa yg telah dipelajari.
pp.s : Sesiapapun boleh menjadi CINDERELLA.ia mmg tumbuh dlm diri dan minda kita.Cinderella hati kpd putera yang disayangi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment