I'm just me..A thinker but not a freethinker....

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, August 15, 2009

Hikayat Kasut TIMBERLAND & Selipar Jepun (special cast:Lagenda 110 ZR)

Salam sekalian wahai kawan2 seblog..hari ini nak wat kelainan sket.ade ceritera/al-kisah yang nak disampaikan oleh aku.ceritera nie hanyalah khayalan dan dongengan sahaja.kalau terkena tempiasnya,maaf dipohon ampun diminta..aku cuma menulis berdasarkan ape yang aku lalui dan hanya utk pedoman semata-mata..kalau x suka x apa.haaa..mari kita mulakan cerita.sebelum tu.ingin aku perkenalkan dulu pemain2 wayangnya..ayuh kita lihat:

Pemain wayang utama pertama: Kasut Timberland
Kedua : Selipar Jepun

Pemain Pembantu Pertama : Kasut NIKE
Kedua : Kasut ADIDAS
Ketiga : Kasut NB

Pemain Picisan : Kasut BATA & Maling Kundang

Special Cast : LAGENDA 110 ZR

Tukang Karut ceritera : cik Wan Sirna Mentari


Salam ceritera & salam seMalaya hamba hulurkan pada yang menatap halaman maya milik hamba ini.Adapun nama hamba Cik Sirna Mentari diberi dan hamba bukanlah sapa2.hanya seorang pencatat yang serba sederhana.Adapun pada hari ini ingin hamba atau mesra disebut Cik Sirna mahu menyampaikan sebuah ceritera yang kisahnya jauh melampaui batas-batas zaman Cik Sirna.Ceritera ini atau namanya drama dalam zaman tersebut telah hamba jumpai semasa sedang beradu di kamar hamba dan telah dtg seorang perawan(tidak diketahui namanya memberitahu hamba tentang kisah zamannya).

Cik Sirna pada mulanya tidak mahu menulis tetapi setelah melihat keikhlasan perawan tersebut yang mahu ceritanya diwar-warkan supaya manusia yang pada zaman dahulu dan akan datang akan mengambil iktibar dari cerita yang dikisahkan,Cik Sirna pun bersetuju.Maka bermulalah Hikayat yang akan Cik Sirna persembahkan..

Al-kisahnya bermula di suatu sudut di perkarangan Masjid...

Kelihatan manusia-manusia beriman dan soleh berpusu-pusu masuk ke dalam untuk menunaikan kewajipan mereka kepada yang satu.Keadaan ini berlaku pada waktu ba'da asar.ramainya umat tidak terkira..seperti ada keramaian hendaknya.
nak dipendekkan cerita,ketika ini sedang berlangsung majlis kenduri kesyukuran seorang pemerintah yang saksama atas sumbangannya terhadap penduduk di situ.maka satu majlis diadakan untuk mensyukuri nikmat yang diberi.Aminnn..

Di satu sudut tempat meletak capal dan sepatu bagai,kelihatan sepasang kasut bernama TIMBERLAND sedang bertelingkah dengan sepasang selipar JEPUN yang rasa hamba tersepit antara kasut2 disitu.dikelilingnya terdapat beberapa pasang lagi kasut memerhatikan.Mari kita saksikan sandiwara tersebut.:

TIMBERLAND : Hey selipar jepun!apsal ko ade kt sini..wat sakit mata aku je tgk
selipar buruk depan mata.
S.JEPUN : Kenapa aq xley ade kat sini?tuan aq yg bwk aq kt sini.aq cuma
menyarungkan kaki atas perintah dy je.
TIMBERLAND : Ko menyemak tau x kat sini?sini semuaaaanya kasut..lagipon kt sini ade
majlis formal.Formaliti.paham?selipar2x x main la..hahaahah..

tetiba dtglah kasut NB,NIKE & ADIDAS menyibukkan diri.

NIKE : Nape nie?ada problem ker brader?bwk2 berbincang.small matter je nie.ley settle
NB : (senyapp tidak bersuara)
ADIDAS : Betul3x..ade pe kecoh2x nie..xbaik tau..nie masjid.jgn bising okey?

TIMBERLAND : Ah,ni ha ade selipar buruk mane ntah tersesat kat sini.org lain semua
pakai kasut,tp dy plak leh terselit.ahahahha..x tahu majlis langsung!

NIKE : eH xpelah..biar la selipar jepun nie ade.lagipun kan sape2 je ley dtg dalam
majlis kesyukuran nie.pas tu,kan org jamaah dlm tue ada bilang pakailah ikut
kemampuan tetapi yg penting bersih dan suci kt majlis.
NB : (Masih senyappp ..bisukah?)
ADIDAS : ha'ah..biar la selipar jepun nie dtg.nape ko nk marah2 nie timberland?OMG..
kan boley bwk berbincang.

NIKE: betul cakap ADIDAS tuh.Tuan-tuan kita dtg untuk beramah mesra dan makan bersama
pemerintah tu,bukannya serius sangat.kalo serius,x BEST la brader.

SELIPAR JEPUN : betul.tuan aq sendri bilang,bila dy sampai kat sini,dy bilang inilah
Majlis Kesyukuran Paling Meriah dan beradat pernah dy join.tp
dy x kisah sgt pasal adat2 nie.

NIKE : ko x nampak ke ade gak capal2 lain yang ade kat sini?dyrg semua x kisah...
TIMBERLAND : Aku bukan ape..aq nie jenis yang pentingkan FORMALITI..sopan dan nampak
canteeekk je kalo semua berkasut.barulah ade kesatuan namanya.ni x.
selipar buruk nie gak yang tersadai.sadis3x..
NIKE : kalo ko nak sgt semuanya kasut,nape ko x ckp je ngn tuan ko wat notis suh
semua pakai kasut,kalo ley cm ko gak.termasuk org REWANG.

TIMBERLAND : eh mane ley org REWANG pakai kasut?susah r nti.kotor kasut dyrg.
NIKE : dah tu..kata nak kesatuan ssesangat..hishh..sukati kolah.aq bagi
pandangan je.baik buruk pon.ko tetap TIMBERLAND.

ADIDAS : Aku x kisah sgt pakai kasut ke x..dh terjadi..ikot je lah..
NB : (Still senyappp..nak cakap ke x ni?huhuhu)

SELIPAR JEPUN : Aku pun malas nk gaduh ngn ko..kalo ko rase kasut tue tersangatlah
penting,ko gtau lah tuan ko.aq mengalah..mane layak SELIPAR nk lawan
TIMBERLAND.
TIMBERLAND :Korang nie wat aq serba salah plak..bukan ape.aq cuma ikot kesesuain
majlis..cmnielah..aq x kisah selipar ade tpi pastikan ko jepun duk
barisan paling hujung skali..xnk menyemak kat sini.(aku x suke sebenar
nyer ade selipar nie.hishh3x.)
SELIPAR JEPUN : yeee..baikk TIMBERLAND.eh,nk tyer,nape ko ade kt sini NIKE,ADIDAS?

NIKE/ADIDAS : kitorg mmg dh janji nk dtg sama2 ..heehh..

maka penyelesaian terbaik tlah di ambil oleh mereka.walaupun ade yang kurang berpuas ati selipar jepun diletak hujung.tapi pendapat yang lebih arif lagi bijaksana terpaksa dituruti.selesai sudah majlis kesyukuran tersebut,para jemaah beserta pemeintah turun untuk pulang..
sedang mereka semua menuruni anak tangga masjid..
kedengaran satu suara menjerit..

Arghhhhh..kasut aq?mane kasut aq?..seorang lelaki menjerit2 histeria..

pemerintah itu berasa hairan.lalu bertanya kepada tok siak masjid..

P : ade pe tu tok?
T : Hhmmm..hilang kasut la tu agaknya.tue Polan bin polin..mmg slalu bergaya..
saya dh bilang arini majlis ringkas je tp dy nk gak pakai kasut jenama mahal.
P : jenama ape TOK?
T : TIMBERLAND...mahal tuu.eh,yang Berbhagia punya kasut ade x?takut hilang juga.
P : Saya manelah pakai kasut tok,,cuma sepasang selipar jepun je.tuuu..kt hujung
sane.sya letak kt depan nie sebenarnya tp agaknya org ingt slipar masjid.hahaha
xpelah..
T : minta maaf Yang Berbahagia..nti saya ambil.

Mendengar saje ape yg dipakai oleh pemerintah tu,NIKE & ADIDAS sangat terkejut.SELIPAR JEPUN!..ahhahhaah..dyrg ketawa..lpas tue mereka ternampak
kelibat TIMBERLAND yang dibawa lari oleh MALING KUNDANG,SI PENCOPET termasyur di kampung itu.MALIM itu melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal baru,"diimport" dari sebuah tenpat..LAGENDA 110ZR bernombor JLP 3502 yang hebat di gelannggang perlumbaan tapi tewas pada si licik ini.

arakian..tamatlah cerita Cik Sirna Mentari disini seperti yang diperkatakan oleh perawan tersebut.adapun Tuan pemerintah itu pulang bersama SELIPAR JEPUNNYA yang senang hati.Nilai kisah ini adalah jangan terlalu bermegah-megah dengan apa yang kita ada tapi bersyukurlah..kerna apabila orang itu menegur..semuanya untuk kebaikan bersama..jika boleh direndahhkan ego itu,nescaya aman sentosalh hendaknya.tamat..
.

p/s : senyumm..

No comments:

Post a Comment