I'm just me..A thinker but not a freethinker....

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Saturday, January 24, 2009

Journey to KLCC (Misi mencari kitab Brown)

Salam,hari nie sabtu bersamaan dengan 24 januari bermulalah pengembaraan antara aq dan rakanku ke sebuah tempat yang dipanggil KLCC. Pengembaraan nie sgt2 mencabar kerana kitorg sudah bergerak seawal pukul 9 pagi bagi mengelakkan sebarang musibah.Alangkah terkejutnya kami pabila melihat seangkatan manusia yang tersusun berbaris cantik di sepanjang ktm UKM untuk membeli tiket d kaunter.

Aq dan rakanku mengandaikan bahwa ini adlh cabaran kami yg pertama.Maka dengan gundah gelananya kami menunggu jua.Jika di ikutkan,aq malas hendak meneruskan perjalnan tetapi disebabkan kami tiada kerja nak buat pada awal cuti ini dan dek kerana sunyi pabila rakan2 lain balik awal,juga kerana aq ade misi untuk mencari kitab,aq tetap meneruskan juga.Akhirnya kami dapat juga membeli tiket dan menaiki kmtr setelah terlepas pandang beberapa kali.

Sampai saja di tempat KLCC,aq n rakan berhenti disebuah tempat menjual makanan yg disebut org sebagai Lempeng org putih.Kami berhenti sebentar kerana perut aq n rakan telah membunyikan Irama keroncong untk ana.Kami menjamu selera di situ sehingga kenyang.Alhamdulillah.Ujian kedua telah selesai.Seterusnya,kami bergerak untuk mencapai misi kami.Aq mendaki puncak KLCC nie sehingga tingkat 4 lau aq x silap.Orang kate menuntut ilmu sampai menara gading,aq pon begitu juga.Kami berada d hadapan gedung ilmu yg sangat luas dan jikalau diceritakan disini,7 hari 7 malam tidak akn habis.Aq terus mencari kitab yg dikehendaki.Malang buat kami,kitab itu tidak dijumpai.yg jumpa hanya kitab yg berharga rm70 dan tidak wajib sebenarnye untk beli.

Aq berasa hampa.Tapi aq bukan org yg suka mengalah.Di sini bukn tidak bleh mendapat ilmu.aq pon pergi membuat tinjauan kitab apakah yg boleh aq beli dengan harta cuma sekarung rm50?Aq dn rakan pergi membelek kitab karya2 penglipur lara melayu yg ada.Sedang aq meneliti semua karya.mataku tertancap pada sebuah kitab. kitab ini ditulis oleh penglipur lara yg terhormat pada zaman melayu alaf 21.x lain x bukan Faisal Tehrani.Aq mmg meminati karya beliau.Aq mengambil naskhahnya yg bertajuk NAMA BETA SULTAN ALAUDDIN.selain tue,aq membeli juga senaskhah dari seorang Ratu iaitu Sri Rahayu Md Yusop yg berjudul ODISI TANAH KENCANA.

nape aq memilih naskhah ini.Well,i'll tell you later..Jadi,setelah menyelesaikan misi tersebut,aq pon terase ingin membeli makanan jepun,aq beli sushi yg sedap tue.Arakian setelah membelinya,kami pon trun d tengah2 KLCC n mengambil gambar kenang2 ngan sebab ade bunga sakura sempena CYN.Senja semakin melabuh kan tirainya..jadi kami pon beransur pulang kerana ingin melihat persembahan nyanyian rakyat{DIKIR BARAT} di balairong seni DECTAR.Balik dari dectar,kami terpaksa menapak kerana tiada tunggangan untk dinaiki.huhuhu.terase amat penat.esok aq harus menempuh satu lagi halangan kerana ingin mencari jalan pulang ke daerah pontian.semoga aq selamat.Aminnn...wasslm


p/s :moral cter ni,walau sepayah mane pon halangan kite utk mendapat ilmu yg sedikitpon,kita jgn patah semangat.teruskan mencuba selagi kita ad kekuatan.juga jgn menangis bile bala menimpa.peringatan utk saye sebenarnye,,sue,jgn nangis!awk org yg kuat.(^_^)

No comments:

Post a Comment